CARA MENANAM BIBIT POHON DURIAN
1. Mula-mula, pilih benih yang sihat dan dijamin ketulenannya. Pastikan tidak ditipu oleh sesetengah penjual yang hanya mahu mengambil komisen (dropshippers). Setiap benih durian mempunyai daun yang berbeza. Anda kena belajar bezakan daun musang king dengan durian lain.
2. Sediakan tapak penanaman durian dengan mengorek lubang 80x80x80 cm. Pastikan kawasan penanaman mempunyai cukup cahaya matahari dan berbukit. Elakkan menanam dikawasan tanah rendah yang lembab dan sering berair.
3. Sebelum menanam benih, masukkan semua galian kedalam lubang seperti tinja ayam yang sudah kering sebanyak 2-3 kilo, baja subur NPK 15.15.15 dan CIRP atau hormon akar. Biarkan selama 3-4 minggu untuk membunuh bakteria sebelum memasukkan benih.
4. Selepas menanam benih durian, pastikan pokok disiram dengan air setiap hari atau memasang sistem pengairan automatik (dripping) agar tanah sentiasa lembab untuk mempercepatkan akar tumbuh.
5. Pokok durian perlu dipagar dengan net hitam seluas 2 x 2 kaki untuk mengelak belalang memakan daun dan mengelak cahaya matahari terus terkena pada benih durian.
6. Untuk mencegah penyakit seperti hawar daun dan serangan penyakit kulat pada daun, sembur dengan racun kulat seperti Monceren atau Decis sekali setiap 1 bulan.
7. Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 2 atau 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan pokok durian.
8. Bila pokok berumur 5 tahun, tabur dengan baja penggalak buah dan kurangkan baja subur. Paling penting adalah mencegah penyakit kanker batang. Jika ternampak daun durian mula kering dan gugur, itu petanda kanker batang atau serangan anai-anai/serangga dibahagian akar.
Info Pemesanan Dan Konsultasi
Telp / Whatsapp : 0812 2754 5119 atau 0857 9045 5443
Alamat :
Desa. Demangan Rt.03 Rw.09 Kelurahan. Kebonrejo
Kecamatan. Salaman Kabupaten Magelang kode Pos. 56162
Facebook : Bibit Unggul Sejahtera
Instagram : Alif Bibit Unggul Sejahtera
0 Comments